Suatu penantian..... Pernahkah kita melalui satu penantian? Penantian yang amat berat untuk dilalui. Penantian menantikan suatu yang tidak pasti. Menantikan sesuatu yang kita pasti bukan milik kita. Menanti hadirnya bahagia dan mewarnai hidup kita. Sedangkan kita sendiri menyerti bahawa bahagia tiada lagi untuk kita didunia. Dan tatkala kita sedar akan hakikat yang agak pahit untuk ditelan itu, adakah kita akan berundur dari medan sebuah penantian?
Mungkin juga tidak. Kerana kita tidak akan sekali-kali berputus asa mengejar bahagia. Dan tidak sama sekali kita berhenti berharap agar satu keajaiban akan terjadi dalam hidup kita. Tiada apa yang mustahil terjadi dalam kehidupan manusia. Tetapi benarkah apa yang dikata itu? Bisakah kita mengecapi bahagia? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Jawapannya hanya tuhan saja yang tahu. Semua insan pasti mengharapkan yang terbaik untuk hidupnya tapi siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditetapkan untuk kita.
Tiada siapa yang mampu menolak takdir. Tiada siapa juga yang boleh melarikan diri darinya. Sebegitu besarnya kuasa takdir tuhan. Sebagai manusia biasa kita hanya mampu berserah dan ikhlas menerima suratan takdir. Dan atas alasan itu juga kita kan tetap setia menjadi pejuang di medan sebuah penantian. Dan kita akan selalu meyakinkan diri kita tentang bahagia yang pastikan jadi milik kita suatu hari nanti. Sama ada ia akan benar-benar jadi kenyataan atau ia akan tetap terkubur sebagai satu angan-angan lampau, bukan lagi persoalannya. Yang ada diminda kita ketika itu hanyalah pernantian yang pastinya berbaloi.
Kerana kita pasti sepanjang perjalanan kita sebagai seorang pejuang dimedan sebuah penantian, kita terpaksa melalui pelbagai halangan. Dan sepanjang tempoh itu, kita akan diajar tentang kesabaran dan pergorbanan. Kita akan diduga dengan bermacam-macam rintangan yang sememangnya pedih dan sulit untuk ditempuhi. Dan tanpa menoleh kebelakang kita akan berjuang mempetahankan penantian yang selama ini menjadi kekuatan kita. Tetapi dalam tidak sedar kita telah mengutip banyak pengalaman sepanjang perjuangan tersebut.
Dan diakhir perjalanan kita sebagai seorang pejuang dimedan penantian, kita akan sedar bahawa penantian mengajar kita tentang banyak perkara. Penantian menemukan kita dengan sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Penantian juga telah membuka mata dan hati kita tentang hakikat sebuah lumrah kehidupan manusia didunia fana ini. Dimana dan bagaimana berakhirnya sebuah penantian itu sebenarnya tidak begitu penting. Yang paling penting ialah apa yang kita berjaya perolehi dari sebuah penantian.
Bahagia atau duka yang akan kita temui dipenghujung jalan sebenarnya hanyalah satu simbolik. Simbolik kemenangan disebalik kejayaan kita mengatasi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan kita menanti bahagia. Dengan ini juga kita secara rasminya mengenggam segulung ijazah sebagai tanda kita telah berjaya menguasai medan sebuah penantian tanpa takut dan gentar lagi. Ijazah dari universiti kesabaran,keikhlasan dan kekentalan hati dalam merenangi lautan taufan sepanjang perjalanan dan penantian seoarang insan.
Sincerely,
broken heart
No comments:
Post a Comment