Wednesday, March 18, 2009

kedewasaan



Kedewasaan adalah satu lumrah dalam kitaran kehidupan manusia. Bukan sahaja manusia yang akan melalui proses ini malahan haiwan juga begitu. Sebagai seorang manusia normal, aku juga terpaksa melalui proses tersebut. Dalam proses kedewasaan ini, terlalui banyak halangan dan cabaran yang perlu aku tempuh. Adakalanya aku merasa ianya terlalui berat untuk dipikul. Corak kehidupan aku telah berubah secara keseluruhannya sepanjang kedewasaan ini. Memang agak berat tetapi itulah yang perlu aku lalui sebelum aku rasmi bergelar seorang dewasa.

Pada pandangan sesetengah individu, kedewasaan dianggap satu lesen kebebesan. Satu lesen kebenaran untuk mereka mencorak kehidupan mereka tanpa ada halangan daripada pihak-pihak lain seperti keluarga. Tetapi adakah dengan 100% kuasa ditangan kita sendiri, kita akan berjaya mencorakkan kehidupan kita dengan coretan dan lakaran kejayaan? Ianya bergantung pada apa yang kita mahu dan apa yang kita lakukan untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Ada sesetengah individu hanya menganmbil jalan mudah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Jalan pintas tidak semestinya adalah jalan yang terbaik. Adakalanya jalan pintas ini hanya akan merugikan kita. Tambahan pula jika jalan pintas tersebut adalah jalan yang bercanggh dengan pegangan agama dan undang-undang.

Aku? Sudahkah aku bersedia untuk dewasa? Mampukah aku melalui cabaran sepanjang proses kedewasaan ini? Bisakah aku memilih jalan yang betul apabila aku ber depan dengan pilihan satu ketika nanti? Oh...... terlalui sukar untuk akua bayangkan masa depan yang akan aku lalui kelak.


Sincerely,
broken heart

No comments:

Post a Comment