Wednesday, March 18, 2009

benci

Setiap manusia pasti pernah merasa benci. Benci pada sesuatu atau benci pada seseorang. Tidak kira betapa baik dan berakhlaknya seseorang itu dia tidak akan pernah lari daripada merasa benci pada sesuatu atau seseorang. Munafiklah bagi seseorang yang dengan bangganya menyatakan bahawa dia tidak pernah merasakan perasaan benci. Setiap manusia biasa sememangnya tidak akan dapat lari dari kenyataan yang mereka pernah membenci sesuatu ataupun seseorang. Perasaan benci boleh dikatakan sudah sebati dengan fitrah manusia.

Kita selalu bertanya pada diri kita apakah dan siapakah yang kita suka atau sayang. Tetapi pernahkah terlintas dibenak kita untuk bertanya pada diri kita sendiri apakah dan siapakah yang kita benci? Mungkin pernah dan mungkin juga tidak....sekiranya kita pasti apa dan siapa yang kita benci, adakah kita tahu mengapa dan kenapa kita membenci mereka? Sememangnya mudah untuk kita menyuarakan mengapa dan kenapa kita menyukai sesuatu atau menyukai seseorang. Tetapi semudah itu jugakah kita dapat menyatakan mengapa kita membenci sesuatu atau seseorang?

Pernahkah apabila kita bertanya pada diri kita mengapa kita membenci sesuatu, kita gagal mendapatkan jawapan yang pasti? Kadangkala, kita sendiri tidak pasti tentang apa yang kita rasakan. Ada masanya kita merasa kita bencikan sesuatu atau seseorang tetapi lama kelamaan kita merasa suka pada mereka. Adakah perasaan ini hanya bertapak dihati kita cuma sekadar sementara waktu? Ataupun ianya hilang sedikit demi sedikit dibawa arus masa? Atau mungkinkah kita yang tidak teguh menegakkan pendirian kita?



Aku pernah membenci seseoarang. Seseorang yang mungkin juga boleh dikatakan tidak layak untuk dibenci. Aku juga selalu bertanya pada diriku sendiri mengapa aku membencinya. Mengapa aku membencinya? Mengapa? Entahlah...... mungkin kerana dia pernah menyakitkan aku suatu ketika dulu. Mungkin juga kerana dia pernah mengasari orang-orang yang aku sayangi.... Tetapi benarkah tindakkan aku yang membencinya? Mungkin juga dia tidak pernah bermaksud untuk menyakiti aku dan orang yang aku sayangi...... Tapi mengapa aku masih terus menerus membencinya?

Aku sayang dia. Betul ke? Kenapa aku sayang dia? Mungkin kerana dia banyak berjasa padaku. Atau mungkin juga dia adalah sebahagian dari hidupku. Kadang-kadang aku terfikir sudahkah aku melupakan dendam dan perasaan benciku padanya? Sudah pulihkah luka dihatiku yang pernah dia hiris dengan sebilah belati berbisa? Mungkin luka itu sudah senbuh namun, parutnya masih jelas terukir dilubuk hatiku. Tapi sekurang-kurangnya ia tidak lagi berdarah dan berbisa seperti dulu. Aku bersyukur kerana tuhan memperkenankan doa-doaku satu ketika dulu. Berkat doa itulah dia kini tidak lagi sebuas dulu. Kini, dia lebih lembut, bertolak ansur dan peyayang.......... alhamdulillah........


Sincerely,
broken heart

No comments:

Post a Comment