Thursday, March 19, 2009

BROKEN HEART


Heart singing a broken song
Broken heart crying all alone
Sitting alone reminding old memories
The sad one….
And when happy memories come
The heart smiling….
The truly shining smile
Combined all those memories
There are sad and happier memories
Each all have a means
Something that make the heart smiling
And sometime make the heart broken
All about memories
Memory of the broken heart…

Something about Love


Some love is easy to come
Some love not...
Some love is easy to express
Some love not...
Some love is easy to go
Some love not…
Some love is hard to find
Some love not…
Some love is hard to see
Some love not…
Some love is hard to tell
Some love not…
Some love is so near to us
But we still can’t see
Some love is hard to have
But we still try to have it
Some love is just can’t make it
But we still protecting it
But,
We forgot something about real love
The only blessing love
The love that we always abandon
The love that always being forgetter
The love of the greater
‘ALLAH'



PENGEMBARAAN PILIHAN



Kisah pengembaraan seorang manusia
Hidup adalah satu pengembaraan
Bermula dari kita dilahirkan
Sehinggalah kita memejamkan mata selamanya
Pengembaraan merentas dimensi masa
Dari satu ketika ke satu ketika
Dari satu situasi ke situasi
Dari satu destinasi ke destinasi
Hidup manusia sentiasa diisi
Dengan pengembaraan menerokai duniawi
Dalam pengembaraan hakiki
Pelbagai cabaran dan dugaan silih berganti
Pilihan sentiasa menjadi permulaan
Langkah kaki menuju ke satu destinasi
Pilihan yang adakalanya meragut dan menggugat
Keperibadian mulia kita
Pilihan yang seringkali mengelirukan kita
Memaksa kita memilih satu diantara dua
Pilihan yang mendesak kita melakukan sesuatu
Yang kadangkala bukan kehendak kita
Walaupun perit realiti sesebuah pilihan
Namun pilihan dan pengembaraan manusia
Di muka bumi tuhan ini
Seperti tidak dapat dipisahkan
Dimana ada pengembaraan disitu
Adanya bermacam-macam pilihan



Wednesday, March 18, 2009

penantian

Suatu penantian..... Pernahkah kita melalui satu penantian? Penantian yang amat berat untuk dilalui. Penantian menantikan suatu yang tidak pasti. Menantikan sesuatu yang kita pasti bukan milik kita. Menanti hadirnya bahagia dan mewarnai hidup kita. Sedangkan kita sendiri menyerti bahawa bahagia tiada lagi untuk kita didunia. Dan tatkala kita sedar akan hakikat yang agak pahit untuk ditelan itu, adakah kita akan berundur dari medan sebuah penantian?

Mungkin juga tidak. Kerana kita tidak akan sekali-kali berputus asa mengejar bahagia. Dan tidak sama sekali kita berhenti berharap agar satu keajaiban akan terjadi dalam hidup kita. Tiada apa yang mustahil terjadi dalam kehidupan manusia. Tetapi benarkah apa yang dikata itu? Bisakah kita mengecapi bahagia? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Jawapannya hanya tuhan saja yang tahu. Semua insan pasti mengharapkan yang terbaik untuk hidupnya tapi siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditetapkan untuk kita.

Tiada siapa yang mampu menolak takdir. Tiada siapa juga yang boleh melarikan diri darinya. Sebegitu besarnya kuasa takdir tuhan. Sebagai manusia biasa kita hanya mampu berserah dan ikhlas menerima suratan takdir. Dan atas alasan itu juga kita kan tetap setia menjadi pejuang di medan sebuah penantian. Dan kita akan selalu meyakinkan diri kita tentang bahagia yang pastikan jadi milik kita suatu hari nanti. Sama ada ia akan benar-benar jadi kenyataan atau ia akan tetap terkubur sebagai satu angan-angan lampau, bukan lagi persoalannya. Yang ada diminda kita ketika itu hanyalah pernantian yang pastinya berbaloi.

Kerana kita pasti sepanjang perjalanan kita sebagai seorang pejuang dimedan sebuah penantian, kita terpaksa melalui pelbagai halangan. Dan sepanjang tempoh itu, kita akan diajar tentang kesabaran dan pergorbanan. Kita akan diduga dengan bermacam-macam rintangan yang sememangnya pedih dan sulit untuk ditempuhi. Dan tanpa menoleh kebelakang kita akan berjuang mempetahankan penantian yang selama ini menjadi kekuatan kita. Tetapi dalam tidak sedar kita telah mengutip banyak pengalaman sepanjang perjuangan tersebut.

Dan diakhir perjalanan kita sebagai seorang pejuang dimedan penantian, kita akan sedar bahawa penantian mengajar kita tentang banyak perkara. Penantian menemukan kita dengan sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Penantian juga telah membuka mata dan hati kita tentang hakikat sebuah lumrah kehidupan manusia didunia fana ini. Dimana dan bagaimana berakhirnya sebuah penantian itu sebenarnya tidak begitu penting. Yang paling penting ialah apa yang kita berjaya perolehi dari sebuah penantian.

Bahagia atau duka yang akan kita temui dipenghujung jalan sebenarnya hanyalah satu simbolik. Simbolik kemenangan disebalik kejayaan kita mengatasi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan kita menanti bahagia. Dengan ini juga kita secara rasminya mengenggam segulung ijazah sebagai tanda kita telah berjaya menguasai medan sebuah penantian tanpa takut dan gentar lagi. Ijazah dari universiti kesabaran,keikhlasan dan kekentalan hati dalam merenangi lautan taufan sepanjang perjalanan dan penantian seoarang insan.


Sincerely,
broken heart

love story

My love story

Satu lagi cerita tentang cinta dalam hidup aku. Cerita tentang cinta nie tak semestinya cerita yang baik dan sedap didengar, adakalanya cinta mengundang cerita dan memori yang tak menyenangkan dan kadangkala menhidupkan satu kenangan hitam yang mengayat hati. Sesetengah orang percaya cinta memiliki satu kuasa yang hebat malah mampu memanipulasi dan merubah manusia tanpa mereka sedari. Kadang- kadang aku rasa persepsi mereka tentang cinta itu ada betulnya juga. Pandangan yang aku anggap tidak logik itu adakalanya berasas.
Begitu juga cerita tentang aku….. pening, pening, pening….. aku sama sekali tidak mengerti tentang cinta….kadang aku terfikir, adakah aku sememangnya masih belum bersedia untuk bercinta atau aku memang tak berperasaan? Kenapa teman- teman aku yang lain begitu mudah menerima kehadiran cinta walaupun hanya cinta monyet, tapi aku? Erm…..entahlah…… Pada aku dalam usia semuda nie belum masanya lagi aku bermain dengan cinta...... Tapi pada persepsi orang lain aku tak begitu pasti….yelahkan , mereka ada hak untuk mencipta dan memperjuangkan persepsi mereka sendiri….terserahlah pada mereka bagaimana mereka mencorakkan masa depan dan memori zaman remaja mereka…..
Tapi bagi aku , adakalanya aku rasa aku hipokrit pada diri aku sendiri….aku aku tak percaya pada cinta tapi hakikatnya aku sering memburu cinta…. Aku sering memanipulasi dan mempermainkan perasaan dan cinta orang lain…..Kadang- kadang aku rasa berdosa tapi dalam masa yang sama aku jugak rasa seronok mempermainkan dan meykitkan orang lain….Aku puas melihat kesedihan dan kedukaan mereka….jahat ke aku ??????


Love,
broken heart

lelaki idaman

Lelaki idaman? Perlukah bagi seorang gadis itu memikirkan tentang ciri-ciri lelaki idamannya.... Dan sejauh mana pentingnya isu ini dalam diri seorang gadis muda?

Pernahkah kita terfikir mampukah kita merealisasikan impian klita untuk bertemu dengan lelaki idaman kita satu hari nanti. Sering kali kita mendengar tentang gadis-gadis yang gagal bertemu dengan lelaki idaman mereka walaupun puas mereka mencari dimana-mana.

Benarkah bila dikatakan yang lelaki idaman itu hanya khayalan semata-mata.... Logikkah ada lelaki yang lahir kedunia ini sebagai seorang lelaki yang memiliki semua ciri-ciri lelaki idaman kita.

Bunyinya seakan tidak logik... Mana mungkin ada seorang lelaki yang dilahirkan sesempurna itu. Dan tidak mungkin ada seorang lelaki yang wataknya serupa dengan apa yang selama ini hanya sekadar khayalan dan angan-angan seorang gadis yang mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna dan bahagia....

Logik atau tidak terpulanglah pada persepsi masing-masing... Pada pandangan aku lelaki idaman itu tidak akan pernah hadir dalam hidup aku....Semua itu hanya angan-angan semata-mata....

Love,
broken heart

cintaku

Aku memang pernah bercinta tapi tak seindah yang sering aku dengar. Kalau nak diikutkan, aku nie memang dah banyak kali bercinta. Dah banyak lelaki yang aku kenal tapi semuanya same je. Hampeh…… hehehe….
Semakin ramai lelaki aku kenal, semakin aku kenal siapa dan bagaimana sikap makhluk Allah yang bernama lelaki…. Dan dalam masa tu jugak semakin banyak yang aku faham tentang permainan lelaki. Permainan yang mempertaruhkan semua yang mereka ada untuk menawan jiwa dan raga seorang perempuan.
Adakah aku pernah hanyut dalam permainan mereka? Buat masa nie belum lagi…tapi tak tahu lah kalau satu masa nanti ada lelaki yang mampu memecahkan tembok yang menutup keseluruhan hati aku nie… tapi mungkin jugak lelaki tu takkan pernah wujud…lagipun bukan senang nak robohkan tembok besi dalam hati aku nie… satu tembok yang kukuh,satu tembok yang terbina dan terpupuk sejak aku kecil lagi…
Dan tak mustahil satu hari nanti aku takkan pernah merasai manis dan pahitnya cinta….semuanya gara-gara tembok tu….tapi aku tak kisah sangat sebab dari aku buang masa dengan cinta yang belum pasti kekal tu, lebih baik aku luangkan masa aku cari duit dan kemewahan dunia….there are nothing personal, all about the money! Hehehe.... mata duitan jugak aku nie ye? Hehehe….



Love,
broken heart

cinta

Ada apa dengan cinta? Entahlah apa yang ada pada cinta…. Cinta tu hanya menambah pening kepala je. Tapi kenapa cinta jugak yang selalu manusia cari? Apa ada pada cinta sebenarnya? Apa ada pada cinta sampaikan manusia sanggup melupakan semua tanggungjawab dan cita-cita demi mengejar cinta yang belum tentu masa depannya? Kadang-kadang tu memang pelik bila ade manusia yang sanggup gadaikan semua yang mereka ada semata-mata untuk mencari atau memiliki sebuah cinta.

Berbaloi ke pergorbanan mereka tu? Entahlah…. Tapi pada aku, semua tu tak berbaloi sama sekali. Untuk apa korban semua yang kita ada untuk sebuah cinta yang belum pasti jadi milik kita… Macam mana kalau cinta tu tak jadi milik kita atau mungkin bila kita dah memilikinya dan kita sedar yang cinta tu tak membawa apa-apa makna pada kita? Bukankah pegorbanan kita selama ini tak berbaloi sama sekali?

Tapi tu dari sudut pandangan aku, aku tak tahulah apa pandangan orang lain. Tapi aku rasa, tak ramai berfikiran kolot macam aku. Ha? Kolot sangat ke aku? Betul ke seseorang yang tak percaya pada cinta tu dianggap kolot? Entahlah….aku tak ada jawapannya…tapi aku tetap dengan pendirian aku yang tak percaya pada cinta walaupun orang akan panggil aku “kolot”…. Pendirian tetap pendirian. Tapi aku tak berani cakap yang pendirian kolot aku ni tak akan berubah sampai bila-bila. Yelah, manalah tahu 2 atau 3 tahun lagi pandangan tu dah berubah. Tak siapa yang tahu kan?


Love,
broken heart

benci

Setiap manusia pasti pernah merasa benci. Benci pada sesuatu atau benci pada seseorang. Tidak kira betapa baik dan berakhlaknya seseorang itu dia tidak akan pernah lari daripada merasa benci pada sesuatu atau seseorang. Munafiklah bagi seseorang yang dengan bangganya menyatakan bahawa dia tidak pernah merasakan perasaan benci. Setiap manusia biasa sememangnya tidak akan dapat lari dari kenyataan yang mereka pernah membenci sesuatu ataupun seseorang. Perasaan benci boleh dikatakan sudah sebati dengan fitrah manusia.

Kita selalu bertanya pada diri kita apakah dan siapakah yang kita suka atau sayang. Tetapi pernahkah terlintas dibenak kita untuk bertanya pada diri kita sendiri apakah dan siapakah yang kita benci? Mungkin pernah dan mungkin juga tidak....sekiranya kita pasti apa dan siapa yang kita benci, adakah kita tahu mengapa dan kenapa kita membenci mereka? Sememangnya mudah untuk kita menyuarakan mengapa dan kenapa kita menyukai sesuatu atau menyukai seseorang. Tetapi semudah itu jugakah kita dapat menyatakan mengapa kita membenci sesuatu atau seseorang?

Pernahkah apabila kita bertanya pada diri kita mengapa kita membenci sesuatu, kita gagal mendapatkan jawapan yang pasti? Kadangkala, kita sendiri tidak pasti tentang apa yang kita rasakan. Ada masanya kita merasa kita bencikan sesuatu atau seseorang tetapi lama kelamaan kita merasa suka pada mereka. Adakah perasaan ini hanya bertapak dihati kita cuma sekadar sementara waktu? Ataupun ianya hilang sedikit demi sedikit dibawa arus masa? Atau mungkinkah kita yang tidak teguh menegakkan pendirian kita?



Aku pernah membenci seseoarang. Seseorang yang mungkin juga boleh dikatakan tidak layak untuk dibenci. Aku juga selalu bertanya pada diriku sendiri mengapa aku membencinya. Mengapa aku membencinya? Mengapa? Entahlah...... mungkin kerana dia pernah menyakitkan aku suatu ketika dulu. Mungkin juga kerana dia pernah mengasari orang-orang yang aku sayangi.... Tetapi benarkah tindakkan aku yang membencinya? Mungkin juga dia tidak pernah bermaksud untuk menyakiti aku dan orang yang aku sayangi...... Tapi mengapa aku masih terus menerus membencinya?

Aku sayang dia. Betul ke? Kenapa aku sayang dia? Mungkin kerana dia banyak berjasa padaku. Atau mungkin juga dia adalah sebahagian dari hidupku. Kadang-kadang aku terfikir sudahkah aku melupakan dendam dan perasaan benciku padanya? Sudah pulihkah luka dihatiku yang pernah dia hiris dengan sebilah belati berbisa? Mungkin luka itu sudah senbuh namun, parutnya masih jelas terukir dilubuk hatiku. Tapi sekurang-kurangnya ia tidak lagi berdarah dan berbisa seperti dulu. Aku bersyukur kerana tuhan memperkenankan doa-doaku satu ketika dulu. Berkat doa itulah dia kini tidak lagi sebuas dulu. Kini, dia lebih lembut, bertolak ansur dan peyayang.......... alhamdulillah........


Sincerely,
broken heart

bosan

Pernah tak sesekali kita merasa terlalu bosan dengan kehidupan kita secara tiba-tiba? Entah dari mana datangnya perasaan itu kita sendiri pun masih tercari-cari jawapannya. Perasaan bosan yang seolah-olah mengejar-gejar kita. Dan kadangkala kita jua akan merasa seakan berputus asa dengan kehidupan yang sedang kita jalani.

Persoalannya disini, munasabahkah segala perasaan yang sedang bergelut dalam benak fikiran kita saat ini? Perasaan yang begitu sulit untuk kita tafsir dan jelaskan. Perasaan yang entah dari mana datangnya. Perasaan yang saling bercampur dan bergolak tanpa kita mampu mengawalnya..

tragedi

Dalam setiap hari- hari yang pernah aku lalui selama ini pelbagai pengalaman yang dapat aku timba dan pelajari. Ada suka dan ada duka yang silih berganti. Tetapi dalam setiap cubaan dan halangan yang terpaksa aku tempuh, tersimpan seribu satu hikmah yang aku sendiri tidak pasti apakah ia. Adakalanya kita merasa yang kita adalah seorang insan yang tidak berguna apabila kita gagal melalui sesuatu cubaan. Ada masanya kita terus putus asa untuk mencuba dan menyerah pada takdir. Semamangnya tuhan yang mengawal perjalanan takdir setiap manusia yang bernafas diatas muka bumi ini. Tetapi sebagai seorang insan, kita sepatutnya cuba untuk merubah hala perjalanan takdir kita ke jalan yang lebih baik. Setiap manusia berhak dan mampu merubah takdir kehidupan mereka. Namun semuanya bergantung pada keinginan dan usaha kita sendiri. Bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Tragedi...... Setiap manusia pernah berdepan dengan tragedi. Sama ada tragedi yang melibatkan diri sendiri mahupun yang melibatkan orang disekeliling mereka. Aku juga tidak terlepas daripada melewati pelbagai tragedi. Tragedi yang adakalanya tidak layak dipanggil satu tragedi. Satu ujian biasa tetapi aku sendiri yang melabelkannya sebagai satu tragedi dalam hidup aku. Ironikan? Tetapi itulah kenyataannya. Mungkin memang benar kata sesetengah orang yang aku ini adalah seorang yang terlalu ikutkan perasaan. Betul atau tidak, aku pun tiada jawapannya. Tetapi rasanya aku tidak berhak menjawap soalan itu sebab aku sendiri tidak mampu menilai diri aku sendiri. Biarlah orang lain yang menilai aku sesuka hati mereka. Tragedi apa yang pernah aku lalui selama ini? Buat masa ini aku belum bersedia untuk menceritakan apakah tragedi yang pernah aku lalui selama ini. Belum masanya....... Belum waktunya lagi untuk menyingkap tirai hati aku ini. Aku perlukan masa untuk meluahkan segala yang terbuku sekian lama didalam hatiku ini.
Sincerely,
broken heart

kesunyian

Kesunyian? Apa itu sunyi? Pernahkah persoalan ini menjadi tanda tanya dan memenuhi ruang minda anda? Mungkin persoalan seremeh ini tidak akan pernah muncul dalam minda orang sebijak anda. Tetapi bagi seorang yang tidak sebegitu bijak seperti saya, persoalan ini seringkali menjadi tanda tanya. Tertanya-tanya tentang apakah makna dan apakah rasionalnya kita merasa sunyi. Seringkali juga muncul persoalan tentang dari mana datangnya perasaan sunyi ini.....

Cuba kita renungkan seketika tentang persoalan ini. Mustahilkah bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi semua persoalan-persoalan diatas? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Ianya bergantung pada tahap kematangan dan kebijaksanaan masing-masing. Kalau difikirkan secara logik, bagaimana sebenarnya perasaan sunyi ini? Pernahkah kita merasa sunyi dan kenapa kita merasakannya?apakah yang kita lakukan apabila kita merasa sunyi? Dan betulkah tindakan kita itu?

Perasaan sunyi seringkali hadir apabila kita merasakan kita bersendirian dan tiada berteman. Perasaan sunyi datang ketika kita sedang duduk berseorangan ditempat yang tiada manusia lain. Adakalanya ia datang sewaktu kita merasa seolah-olah kita dipulaukan oleh orang disekeliling kita. Dan seringkali juga kita merasa sunyi diwaktu-waktu sukar seperti sewaktu kita baru sahaja kehilangan atau kematian seseorang yang amat bererti dalam hidup kita.

Apakah reaksi kita ketika kita sedar yang kita sedang kesunyian? Pernah kita terfikir tentang apa reaksi kita ketika itu? Apa reaksi kita? Reaksi seseorang itu berbeza bergantung pada tahap kewarasan masing-masing. Tidak waraskah kita apabila kita melakukan sesuatu yang tidak masuk akal ketika kita kesunyian? Jawapannya mungkin terlalu sensitif dan mungkin juga boleh melukakan hati seseorang. Walau apapun jawapannya kita masih menpunyai pilihan. Pilihan tentang apakah tindakkan yang seharusnya kita ambil sewaktu kita merasa sunyi.

Sesetengah individu akan menjadi murung apabila menyedari dirinya kesunyian. Mereka lebih selesa menyendiri dan sering menjauhkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Mereka merasa rendah diri dan memandang segala-galanya dari sudut negatif. Ada dikalangan mereka yang sedang dilanda kesunyian mengambil inisiatif lain bagi mengatasi kesunyian mereka. Ada yang membawa diri mencari ketenangan ditempat yang jauh dari kesibukan, jauh dari orang-orang yang mereka kenal dan jauh dari punca masalah. Biasanya mereka akan memilih untuk bercuti ditempat yang nyaman,tenang dan damai.

Ada pula individu yang memilih untuk mencari insan baru yang diharapkan bisa menepis segala kesunyian yang selama ini dirasakannya. Mungkin juga dalam satu pencarian yang belum pasti ini mereka dapat menambah pengalaman tentang fitrah kehidupan manusia. Dan tidak mustahil jika dalam perjalanan mengejar satu pencarian itu mereka menemukan penyembuh kesunyian dihati mereka. Bagaimana dan bila mereka menemukan penyembuh kesunyian mereka itu hanya tuhan yang tahu. Hanya tuhan yang tahu segala rahsia disebalik kejadian yang ditakdirkan terjadi keatas hambanya.



Sincerely,
broken heart

kedewasaan



Kedewasaan adalah satu lumrah dalam kitaran kehidupan manusia. Bukan sahaja manusia yang akan melalui proses ini malahan haiwan juga begitu. Sebagai seorang manusia normal, aku juga terpaksa melalui proses tersebut. Dalam proses kedewasaan ini, terlalui banyak halangan dan cabaran yang perlu aku tempuh. Adakalanya aku merasa ianya terlalui berat untuk dipikul. Corak kehidupan aku telah berubah secara keseluruhannya sepanjang kedewasaan ini. Memang agak berat tetapi itulah yang perlu aku lalui sebelum aku rasmi bergelar seorang dewasa.

Pada pandangan sesetengah individu, kedewasaan dianggap satu lesen kebebesan. Satu lesen kebenaran untuk mereka mencorak kehidupan mereka tanpa ada halangan daripada pihak-pihak lain seperti keluarga. Tetapi adakah dengan 100% kuasa ditangan kita sendiri, kita akan berjaya mencorakkan kehidupan kita dengan coretan dan lakaran kejayaan? Ianya bergantung pada apa yang kita mahu dan apa yang kita lakukan untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Ada sesetengah individu hanya menganmbil jalan mudah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Jalan pintas tidak semestinya adalah jalan yang terbaik. Adakalanya jalan pintas ini hanya akan merugikan kita. Tambahan pula jika jalan pintas tersebut adalah jalan yang bercanggh dengan pegangan agama dan undang-undang.

Aku? Sudahkah aku bersedia untuk dewasa? Mampukah aku melalui cabaran sepanjang proses kedewasaan ini? Bisakah aku memilih jalan yang betul apabila aku ber depan dengan pilihan satu ketika nanti? Oh...... terlalui sukar untuk akua bayangkan masa depan yang akan aku lalui kelak.


Sincerely,
broken heart

hidup

Hidup

Hidup....... semua manusia yang hidup di atas muka bumi pinjaman tuhan ini, mempunyai hidup mereka masing-masing. Aku juga begitu...... Semua manusia ini sebenarnya sama.Cuma apa yang membezakan antara mereka adalah takdir dan perjalanan hidup mereka. Setiap perjalanan dan takdir kehidupan setiap manusia itu berbeza. Takdir kehidupan seseorang itu boleh diibaratkan seperti sehelai batik. Setiap helai batik akan mempamerkan coretan dan lakaran yang berbeza. Tidak dapat dinafikan didunia yang penuh misteri ini terdapat juga sebahagian lakaran dan coretan batik yang sama atau mungkin hampir sama. Namun, ianya tetap memberi gambaran yang berbeza pada setiap helai batik.

Helaian batik yang mewakili kehidupan aku ini merangkumi pelbagai corak dan warna. Corak dan warna yang menonjolkan siapa aku sebenarnya. Berbagai-bagai corak yang telah terlakar dan hidup aku. Suka, duka, derita, bahagia, sensara......semuanya bercampur dalam satu lakaran kehidupan. Adakalanya aku rasa seolah-olah aku ini adalah manusia yang paling malang. Tetapi apabila aku renung kembali sedalam-dalamnya tentang apa yang pernah aku lalui dan aku alami selama ini, aku sedar yang aku adalah seorang manusia yang sangat beruntung. Terlalu beruntung sehinggakan aku sendiri tidak segan-segan melabelkan diriku ini sebagai seorang manusia yang tidak tahu bersyukur.

Kadang-kadang ingin saja aku ceritakan apa yang sebenarnya terbuku didalam sekeping hatiku ini. Ingin saja rasanya aku canangkan apa yang tersimpan dan tersembunyi disebalik senyuman yang selalu terukir dibibirku. Namun, bukan semudah itu untuk membuka segala rahsia hidupku sendiri. Ianya umpama membuka oekung didada. Walaupun ianya akan memberikan aku ketenangan atau mungkin satu kelegaan selepas meluahkan segalanya yang terpendam, tetapi ianya juga akan menyundang rasa penyesalan andainya satu masa nanti ada pihak yang mula menyalahkan aku atas apa yang terjadi.

Hidup tidak semudah yang kita semua sangkakan. Kita terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis kesukaran dan cabaran. Semuanya menuntut satu kesabaran dan ketabahan. Adakalanya kita diduga dengan kesukaran membuat pilihan. Seolah-olah kita terkandas disatu persimpangan antara dua pilihan. Setiap satu pilihan ada manfaat dan risikonya. Adakalnya kita diduga dengan pilihan yang mengelirukan. Kita terpaksa memilih antara keinginan dan keperluan atau mungkin juga kita terpaksa memilih antara keadilan dan kepuasan. Semuanya bergantung pada pendirian, kemahuan dan kebijaksanaan kita untuk menilai dan seterusnya membuat pilihan.

Bagi seorang manusia yang bijak membuat pilihan, dia tidak akan ragu-ragu dengan setiap pilihan yang dibuat. Tetapi bagi seorang manusia yang kurang bijak dan tidak berpendirian seperti aku, sering kali membuat kesilapan dalam membuat pilihan. Aku sering kali memilih jalan yang tidak sepatutnya. Kadangkala aku terlalu terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan. Aku selalu merasa curiga dan ragu-ragu dalam semua pilihan yang aku ambil. Mungkin juga kerana aku sudah sering membuat pilihan yang salah sehinggakan aku takut untuk berdepan dengan realiti yang sememangnya aku akan selalu berdepan dengan pilihan.

Tetapi seperti satu pendapat yang sering kita dengar, pengalaman itu adalah guru yang paling baik. Berdasarkan pandangan itu, aku sepatutnya lebih matang dan semakin bijak mengatur hidup aku sendiri. Tetapi adakah aku semakin matang dan semakin bijak? Atau mungkin aku masih lagi seperti dulu? Aku sendiri tiada jawapannya. Setidak-tidaknya buat masa ini.....


Sincerely,
broken heart....