perginya dia tanpaku duga sama sekali...masih lagi terngiang di cuping telinga suaranya yang manja mencurahkan rasa hatinya yang dirundung kesedihan. masih jelas dikotak fikiran tentang isi hatinya. hati yang terluka lantaran mencintai seorang yang bernama lelaki.. dia ditinggalkan setelah bertahun dia menjaga kesetiaannya. hanya kerana seorang perempuan yang buru dikenali lelaki itu sanggup mengadaikan percintaan yang sudah bertahun lamanya bertahta.
masih ku ingat detik itu....masih jelas dikaca mataku tatkala aku membaca mesej kiriman adikku tepat pada pukul 12.20tengahari... pandangan ku yang tertumpu pada pentas dewan politeknik seakan-akan berpinar. bagaikan diawang-awang tatkala aku mengetahui yang dia telah tiada lagi didunia ini....dia pergi selamanya....dia terkorban dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari pekan untuk menyiapakan tugasan. apa yang paling menyedihkan dia dilanggar lari oleh seorang manusia yang mungkin tidak layak dipanggil manusia.... adakala aku tertanya, kenapa dia? kenapa dia yang dipanggil dahulu? kenapa bukan aku?
sesungguhnya dia adalah seorang sahabat yang terismewa..persahabatan yang kami bina hampir 15tahun kini hanya tinggal kenangan yang hanya mengundang kerinduan...
aku rindu gelak tawanya dan gurauannya.... kini tiada lagi yang setia menemani aku tatkala aku pulang ke kampung. kini cutiku tidak lagi indah seperti sebelumnya.....
al-fatihah buat arwah......
No comments:
Post a Comment