Monday, November 2, 2015

Kemunculan Kembali

Assalammualaikum semua..... Rasa macam lama sangat tak updated blog nie kan? Memang dah lama sangat pun... Bukan katakan updated buka pon tak....hahahahaha....So, selepas lama menyepi teringin pula rasa hati ini untuk buat come back....hehehe... Dah rasa macam artis pulak ada comeback2 bagaikan...hahaha.. POYOOOO.... But seriously, memang niat nak belajar semula menulis blog ni sebab memang dah tak pandai langsung dan tak ada idea langsung nak tulis apa...huhuhu...Blank terus otak ni... Jadi saya secara rasminya merasmikan KEMUNCULAN KEMBALI aka comeback ini dan secara merendah dirinya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menbaca blog saya ini sekiranya berkesempatan... Dengan rendah diri jugak saya memohon maaf sekiranya ada coretan-coretan yang entah apa-apa....hahaha... Al maklumlah baru nak belajar dan gerenti punye akan ada entry yang apa-apa lepas nie.... So mintak maaf awal-awal.... Ok lah sampai disini saja opening comeback ni...idea dah terbang menjauh....hehehe... Jumpe lagi... Bubye.. Adios... =)

Thursday, March 17, 2011

Milik Kita Jua




Disaat hati mula berbicara,
Lidah kelu tanpa kata,
Mata terpejam buat sementara,
Menunggu akal dan prasangka,
Yang mula mencipta sengketa,
Antara cinta dan cita,
Dimana kepastiannya...

Tatkala minda kaku seketika,
prasangka mula bermaharajalela,
memonopoli semua benua cita,
menyuluh terang ke kancah noda dunia,
lantas diri mulai alpa,
terus-terusan disapa derita,
walau kelihatan kuat dipermukaannya,
namun tewas pada hakikatnya.....

doa dan azam menerpa tanpa diduga,
memacak semula tiang agama,
yang pernah tumbang angkara gelora dijiwa,
lantas prasangka terkesima seketika,
ditika percaya dan tekad menerpa,
prasangka tiada lagi daya untuk mencuba,
kini masanya minda mula berkuasa,
memahat semula semua kekuatan bersisa,
menyimpul jitu ikatan jiwa,
beserta doa dan iman pada Yang Esa,
kekal bertahan walau rebut taufan melanda,
tersemat azam tuk sampai ke puncak dicita,
dalam diam kejayaan pasti milik kita!!!

Aku Tanpa Dirimu

Dikala ini aku sendiri,
Melayari bahtera hari-hari,
Yang tersisa kini sepi,
Tanpa melodi aku sunyi,
Tanpa warna aku lesu,
Aku tanpa dirimu,
Umpama irama tiada berlagu,

Dikala ini aku tercari,
Jalan yang mungkin tersembunyi,
Tercari dalam gelita malam hari,
Tanpa cahaya bebintang dilangit,
Bahkan bulan tidak sudi lagi kelihatan,
Bayu juga enggan berlagu keriangan,
Alam suram tanpa hiasan,
Kosong tanpa pandangan.....

Dikala ini aku mengerti,
Erti hadirmu seri hidupku,
Umpama akar pohon nan rimbun,
Mencengkam tanah setia menyokong,
Tanpamu aku tumbang menyembah dunia,
Tanpamu aku tak bias berdiri semula,
Tanpamu ku tak mampu bernafas seperti biasa,
Tanpamu tiada lagi erti hidup didunia,
Tanpaumua aku tiada lagi daya untuk mencuba,
Menakluk dunia mencipta bahagia,
Tanpamu aku bukan sesiapa,
Aku tanpa dirimu,
Umpama tubuh tiada bernyawa....

Sunday, January 16, 2011

tragedi 16 Januari 2011


Hari nie aku disapa dengan satu berita yang benar-benar membuatkan jantung aku seakan-akan terhenti seketika.tidak tertahan sebak yang terbuku didada tatkala teman adik ku menyatakan bahawa adikku terlibat dalam satu kemalangan. jantung seolah behenti berdegut bila mengenangkan keadaannya. Tambah memilukan bila disaat ini aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Oh Tuhan, selamatkan adikku......
Tolang selamatkan satu-satunya adikku......
Hanya dia satu-satunya sauda sedarah yang aku miliki......
Tolonglah Ya ALLAH,
Jauhkan segala kesakitan yang menhinggapi tubuhnya.....
Andai bisa KAU tukarkan dan alihkan segala kesakitannya kepada ku, aku rela Ya ALLAH.....
YA ALLAH......
Lindungi adikku, Siti Nor Intan......

Thursday, January 6, 2011

kerenah sahabat

adakalanya dalam hidup ini penuh dengan cabaran dan kejutan yang tidak disangka-sangka. adakalanya kita tidak pernah menyangka bahawa kita akan berdepan dengan situasi dimana kita terpaksa memilih antara kepentingan diri dengan kepentingan menjaga hati sahabat kita yang adakalanya menlampaui batas kesabaran. bila kita berdepan dengan seorang sahabat yang secara terang-terangannya ingin menjatuhkan kita dan sentiasa bersikap hipokrit terhadap kita. mungkinkah salah untuk kita menjauhkan diri dari individu tersebut ataukah tindakan itu sebenarnya dianggap terlalu mementingkan diri?
apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini, apakah yang mungkin menjadi pilihan kita?

Saturday, May 22, 2010

pemergian seorang sahabat

perginya dia tanpaku duga sama sekali...masih lagi terngiang di cuping telinga suaranya yang manja mencurahkan rasa hatinya yang dirundung kesedihan. masih jelas dikotak fikiran tentang isi hatinya. hati yang terluka lantaran mencintai seorang yang bernama lelaki.. dia ditinggalkan setelah bertahun dia menjaga kesetiaannya. hanya kerana seorang perempuan yang buru dikenali lelaki itu sanggup mengadaikan percintaan yang sudah bertahun lamanya bertahta.
masih ku ingat detik itu....masih jelas dikaca mataku tatkala aku membaca mesej kiriman adikku tepat pada pukul 12.20tengahari... pandangan ku yang tertumpu pada pentas dewan politeknik seakan-akan berpinar. bagaikan diawang-awang tatkala aku mengetahui yang dia telah tiada lagi didunia ini....dia pergi selamanya....dia terkorban dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari pekan untuk menyiapakan tugasan. apa yang paling menyedihkan dia dilanggar lari oleh seorang manusia yang mungkin tidak layak dipanggil manusia.... adakala aku tertanya, kenapa dia? kenapa dia yang dipanggil dahulu? kenapa bukan aku?
sesungguhnya dia adalah seorang sahabat yang terismewa..persahabatan yang kami bina hampir 15tahun kini hanya tinggal kenangan yang hanya mengundang kerinduan...
aku rindu gelak tawanya dan gurauannya.... kini tiada lagi yang setia menemani aku tatkala aku pulang ke kampung. kini cutiku tidak lagi indah seperti sebelumnya.....
al-fatihah buat arwah......

Thursday, March 19, 2009

BROKEN HEART


Heart singing a broken song
Broken heart crying all alone
Sitting alone reminding old memories
The sad one….
And when happy memories come
The heart smiling….
The truly shining smile
Combined all those memories
There are sad and happier memories
Each all have a means
Something that make the heart smiling
And sometime make the heart broken
All about memories
Memory of the broken heart…