Thursday, March 17, 2011
Milik Kita Jua
Disaat hati mula berbicara,
Lidah kelu tanpa kata,
Mata terpejam buat sementara,
Menunggu akal dan prasangka,
Yang mula mencipta sengketa,
Antara cinta dan cita,
Dimana kepastiannya...
Tatkala minda kaku seketika,
prasangka mula bermaharajalela,
memonopoli semua benua cita,
menyuluh terang ke kancah noda dunia,
lantas diri mulai alpa,
terus-terusan disapa derita,
walau kelihatan kuat dipermukaannya,
namun tewas pada hakikatnya.....
doa dan azam menerpa tanpa diduga,
memacak semula tiang agama,
yang pernah tumbang angkara gelora dijiwa,
lantas prasangka terkesima seketika,
ditika percaya dan tekad menerpa,
prasangka tiada lagi daya untuk mencuba,
kini masanya minda mula berkuasa,
memahat semula semua kekuatan bersisa,
menyimpul jitu ikatan jiwa,
beserta doa dan iman pada Yang Esa,
kekal bertahan walau rebut taufan melanda,
tersemat azam tuk sampai ke puncak dicita,
dalam diam kejayaan pasti milik kita!!!
Aku Tanpa Dirimu
Dikala ini aku sendiri,
Melayari bahtera hari-hari,
Yang tersisa kini sepi,
Tanpa melodi aku sunyi,
Tanpa warna aku lesu,
Aku tanpa dirimu,
Umpama irama tiada berlagu,
Dikala ini aku tercari,
Jalan yang mungkin tersembunyi,
Tercari dalam gelita malam hari,
Tanpa cahaya bebintang dilangit,
Bahkan bulan tidak sudi lagi kelihatan,
Bayu juga enggan berlagu keriangan,
Alam suram tanpa hiasan,
Kosong tanpa pandangan.....
Dikala ini aku mengerti,
Erti hadirmu seri hidupku,
Umpama akar pohon nan rimbun,
Mencengkam tanah setia menyokong,
Tanpamu aku tumbang menyembah dunia,
Tanpamu aku tak bias berdiri semula,
Tanpamu ku tak mampu bernafas seperti biasa,
Tanpamu tiada lagi erti hidup didunia,
Tanpaumua aku tiada lagi daya untuk mencuba,
Menakluk dunia mencipta bahagia,
Tanpamu aku bukan sesiapa,
Aku tanpa dirimu,
Umpama tubuh tiada bernyawa....
Melayari bahtera hari-hari,
Yang tersisa kini sepi,
Tanpa melodi aku sunyi,
Tanpa warna aku lesu,
Aku tanpa dirimu,
Umpama irama tiada berlagu,
Dikala ini aku tercari,
Jalan yang mungkin tersembunyi,
Tercari dalam gelita malam hari,
Tanpa cahaya bebintang dilangit,
Bahkan bulan tidak sudi lagi kelihatan,
Bayu juga enggan berlagu keriangan,
Alam suram tanpa hiasan,
Kosong tanpa pandangan.....
Dikala ini aku mengerti,
Erti hadirmu seri hidupku,
Umpama akar pohon nan rimbun,
Mencengkam tanah setia menyokong,
Tanpamu aku tumbang menyembah dunia,
Tanpamu aku tak bias berdiri semula,
Tanpamu ku tak mampu bernafas seperti biasa,
Tanpamu tiada lagi erti hidup didunia,
Tanpaumua aku tiada lagi daya untuk mencuba,
Menakluk dunia mencipta bahagia,
Tanpamu aku bukan sesiapa,
Aku tanpa dirimu,
Umpama tubuh tiada bernyawa....
Sunday, January 16, 2011
tragedi 16 Januari 2011
Hari nie aku disapa dengan satu berita yang benar-benar membuatkan jantung aku seakan-akan terhenti seketika.tidak tertahan sebak yang terbuku didada tatkala teman adik ku menyatakan bahawa adikku terlibat dalam satu kemalangan. jantung seolah behenti berdegut bila mengenangkan keadaannya. Tambah memilukan bila disaat ini aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Oh Tuhan, selamatkan adikku......
Tolang selamatkan satu-satunya adikku......
Hanya dia satu-satunya sauda sedarah yang aku miliki......
Tolonglah Ya ALLAH,
Jauhkan segala kesakitan yang menhinggapi tubuhnya.....
Andai bisa KAU tukarkan dan alihkan segala kesakitannya kepada ku, aku rela Ya ALLAH.....
YA ALLAH......
Lindungi adikku, Siti Nor Intan......
Thursday, January 6, 2011
kerenah sahabat
adakalanya dalam hidup ini penuh dengan cabaran dan kejutan yang tidak disangka-sangka. adakalanya kita tidak pernah menyangka bahawa kita akan berdepan dengan situasi dimana kita terpaksa memilih antara kepentingan diri dengan kepentingan menjaga hati sahabat kita yang adakalanya menlampaui batas kesabaran. bila kita berdepan dengan seorang sahabat yang secara terang-terangannya ingin menjatuhkan kita dan sentiasa bersikap hipokrit terhadap kita. mungkinkah salah untuk kita menjauhkan diri dari individu tersebut ataukah tindakan itu sebenarnya dianggap terlalu mementingkan diri?
apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini, apakah yang mungkin menjadi pilihan kita?
apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini, apakah yang mungkin menjadi pilihan kita?
Subscribe to:
Posts (Atom)